Wednesday, 27 March 2013

AYAT2 CINTA UNTUK IBU



Berbakti kepada orang tua, mengangkat darjat dan martabat yang tinggi dalam kca mata Islam kerana itu banyak pesanan2 cinta daripada Allah SWT dan rasulNya mengenai anjuran untuk bernuat taat kepada mereka. Bahkan banyak terdapat ayat2 al-Quran yang mengandungi perintah untuk berbakti kepada orang tua bersama dengan perintah taat beribadah dengan tulus kepada Allah SWT dan tidak menekutukanNya.
    Allah SWT berfirman:  
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman), "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan bebuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak2 yatim, serta orang2 miskin dan katakanlah sesama manusia perktaan2 yang baik, dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang2 yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (al-Baqarah:83).





Tuesday, 24 January 2012

IBU

"Terbayang satu wajah...
penuh dengan kehangatan
Terbayang satu wajah...
Penuh cinta, penuh Kasih
Oh ibu...kau ibu..."

Potongan syair di ats sering kali membuat air mata ini mengalir bilamana mendengarnya. Saban hari, bulan dan tahun dalam perpisahan dengan kedua orang tua yang kita cintai, pasti akan membuahkan kerinduan yang sangat mendalam. Jauhnya kita berkelana menuntut ilmu atau mencari rezeki sehingga meninggalkan mereka, kadangkala untuk bertemu dengan mereka merupakan perkara yang tidaklah senang adanya. Memang, biasanya kita akan merasai indahnya pertemuan bila perpisahan telah berlaku.
Akhirnya, hanya dalam beberapa susunan huruf yang terangkai dalam beberapa pesanan ringkas dapat mewakili perasaan yang tidak boleh terungkap dengan kata2. Kadangkala di sini ada cerita, nasihat, atau hanya renungan. Harapan tidak terlalau berlebihan, semoga setiap anak dapat menyedari betapa pentingnya peranan orang tua terhadap mereka serta tidak terhitungnya apa jua perkara yang telah mereka lakukan untuk anak2nya.