Wednesday, 27 March 2013

AYAT2 CINTA UNTUK IBU



Berbakti kepada orang tua, mengangkat darjat dan martabat yang tinggi dalam kca mata Islam kerana itu banyak pesanan2 cinta daripada Allah SWT dan rasulNya mengenai anjuran untuk bernuat taat kepada mereka. Bahkan banyak terdapat ayat2 al-Quran yang mengandungi perintah untuk berbakti kepada orang tua bersama dengan perintah taat beribadah dengan tulus kepada Allah SWT dan tidak menekutukanNya.
    Allah SWT berfirman:  
"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman), "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan bebuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak2 yatim, serta orang2 miskin dan katakanlah sesama manusia perktaan2 yang baik, dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu dan sememangnya kamu orang2 yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (al-Baqarah:83).